Categories

Lawatan Audit Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) 2011

From: Norizan bt. Salleh
To: <CICT-STAF@GROUPS.UTM.MY>

Subject: Lawatan Audit Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) 2011

As-Salam,

Semoga semua staf berada dalam keadaan sihat.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, panel Audit Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP) 2011 akan menjalankan auditing di CICT seperti perincian berikut :

TARIKH : 5 APRIL, 2012 (KHAMIS)
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG
LOKASI : BMU


Sehubungan itu, mohon kerjasama semua staf untuk mengemas ruang kerja & ruang umum bahagian masing-masing sebagai persediaan sekiranya panel audit membuat lawatan ke Bahagian sdr / sekitarnya.

Perhatian & kerjasama semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Norizan bt. Hj. Salleh
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor

Print Friendly

Ayah Staf Sakit

From: Mohd Jamhari Mohd Rafiee
Subject: Ayah Staf Sakit

Assalaamualaikum wr., wkt

Adalah dimaklumkan ayah kepada Pn. Siti Faridah binti Shikh A.Rahman (Shikh A.Rahman bin Salim) telah disahkan menghidapi penyakit KANSER PARU-PARU. Mohon kepada semua agar mendoakan kesihatan yang sempurna kepada beliau agar dapat sembuh daripada penyakit yang dihidapinya.
Mudah-mudahan Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Terima Kasih

Sumber : Pn. Siti Faridah binti Shikh A.Rahman

Print Friendly

Anak Staf Kembali Kerahmatullah

From: Mohd Jamhari Mohd Rafiee
Subject: Anak Staf Kembali Kerahmatullah


Assalaamualaikum wr., wkt.,

Salam TAKZIAH kepada En. Abd Rahman bin Hamzah dan keluarga di atas kembalinya ke rahmatullah anak lelaki beliau yang baru dilahirkan oleh isteri pada 30 Mac 2010 , jam 7.20 malam di hospital (tidak dinyatakan hospital mana) dan jenazah akan di uruskan oleh pihak hospital pagi ini. Sama-samalah kita mendoakan En. Abd Rahman dan keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t.
Al-Fatihah.......

Sumber : Pn. Rusnizah binti Hamdi

Print Friendly

KELAHIRAN CAHAYA MATA - PN. RUZIYANA MASUD

From: Rozi binti Mohamed <i-rozi@UTM.MY>
Date: 03/22/12 11:12 AM Cc:
Subject: KELAHIRAN CAHAYA MATA - PN. RUZIYANA MASUD
Assalamualaikum wbt/ Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Ruziyana telah selamat melahirkan seorang puteri pada 12.25 pagi 22/3/2012 di HSI.

Tahniah diucapkan kepada Ruziyana dan suami, semoga dengan kelahiran cahaya mata sulung ini akan menambah keceriaan kepada mereka sekeluarga.

Sekian dimaklumkan.

Rozi bte Mohamed

Print Friendly

Sambutan Maulidur Rasul peringkat CICT dan Majlis Perpisahan & Tamat Perkhidmatan En Mohd Nordin bin Abdul Jalil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan CICT akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat CICT dan Majlis Perpisahan & Tamat Perkhidmatan En Mohd Nordin Bin Abdul Jalil. Perincian program ini adalah seperti berikut :-

Tentatif Program :
08:45 am : Ketibaan para hadirin dan hadirat.
09:00 am : Majlis Perpisahan & Tamat Perkhidmatan (En Nordin) - Ucapan & Cenderahati.
09:30 am : Ketibaan penceramah jemputan.
10:00 am : Ceramah sempena Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Md Abas bin Hj Abd Latiff (dari Fakulti Tamadun Islam, UTM Skudai).
11:00 am : Selawat dan salam beramai-ramai.
11:15 am : Cenderahati untuk penceramah jemputan.
11:30 am : Jamuan & tamat

Oleh yang demikian, semua staf CICT dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu seperti ini. Kami bagi pihak Badan Kebajikan CICT sangat mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan anda.

Kepada staf yang berhajat untuk menyumbang amatlah dialu-alukan. Sumbangan boleh diserahkan kepada mana-mana AJK Badan Kebajikan CICT.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului jutaan terima kasih.

Terima kasih.

Print Friendly